
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menggesa Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka lebih awal dan tidak menunggu terlalu lama bagi memberi laluan kepada PRN akan datang.
Mohamad berkata sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno sudah bersedia membantu kempen Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya itu.
“Melaka akan adakan pilihan raya negeri pada bila-bila masa. Terpulang kepada Rauf (untuk membubarkan DUN).
“Jangan tunggu lama-lama… Rauf, kami sudah bersedia. Kami akan datang membantu Umno Melaka,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2026.
Mohamad, yang juga timbalan pengerusi BN, turut menasihatkan Rauf supaya mengelakkan perselisihan dengan parti lain sekiranya rundingan tidak menghasilkan pakatan pilihan raya bagi PRN Melaka.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: