
HULU SELANGOR: Seorang Ahli Parlimen Bersatu menyeru pengundi DUN Kuala Kubu Baharu menyokong calon kerajaan, dengan berkongsi pengalaman beliau berkhidmat tanpa dana.
Wakil rakyat Tanjong Karang, Dr Zulkafperi Hanapi, berkata bukan mudah menjadi Ahli Parlimen apabila tidak banyak yang dapat beliau lakukan untuk kawasannya selaku pembangkang.
Katanya, gaji beliau selaku Ahli Parlimen habis dalam tempoh sesingkat satu minggu, antaranya kerana perlu menyumbang apabila ada kematian atau kenduri kahwin di kawasannya, selain gaji kakitangan.
Kekurangan dana juga bererti beliau tidak dapat melayan permohonan menganjurkan program daripada rakyat kawasannya.
“Selama setahun saya dapat kecaman rakyat Tanjong Karang, kata Ahli Parlimen tak berfungsi sebagai Ahli Parlimen, kenapa Ahli Parlimen tak boleh lakukan apa-apa,” katanya Ketika berceramah di Ampang Pecah.
Turut hadir Pengerusi…