Memasuki fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai aktiviti diadakan oleh selebriti-selebriti tanah air untuk mendekatkan diri mereka bersama dengan peminat masing-masing.
Terbaharu, syarikat rakaman Universal Music Malaysia telah melancarkan sebuah inisiatif iaitu Online Media Gathering (Perhimpunan Media Dalam Talian) dengan menggunakan tanda pagar Jangan Keluar pada 15 April 2020 (Rabu) jam 3 petang.
Perhimpunan ini membolehkan para peminat bertemu dan berinteraksi dengan artis-artis kesayangan mereka menerusi dalam talian.
Peminat yang ingin turut serta dalam perhimpunan tersebut perlu beri jawapan kepada nombor yang tertera dibawah:
- Popo +6017-972 1315
- Lan Mokhtar +012-298 8446
Ramai artis akan turut serta dalam perhimpunan yang akan dilakukan menerusi aplikasi Zoom termasuklah Alvin Chong, Bella Astillah, Luca Sickta, Shila Amzah, Tuju dan ramai lagi.
