Hot FM

Jangkitan Covid-19 naik kepada 3,206 kes, 8 kematian



Sebanyak 35,988 kes aktif Covid-19 dilaporkan semalam, termasuk 69 pesakit yang ditempatkan di ICU, dengan 42 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 3,206 kes semalam berbanding 2,636 kes kelmarin.

Sebanyak lapan kematian dilaporkan semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), berbanding 11 kematian kelmarin.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 3,202 kes penularan tempatan dan empat kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,768,394 kes dan 36,185 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 35,988 kes aktif Covid-19, termasuk 69 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 42 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 34,626 pesakit atau 96.2% menjalani kuarantin di rumah, 22 kes atau 0.1% dirawat di pusat kuarantin dan rawatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version