Hot FM

Jangkitan Covid-19 turun kepada 1,924 kes, 3 kematian



Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,830,214 kes dan 36,348 kematian.

PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 turun kepada 1,924 kes semalam berbanding 2,070 kes kelmarin.

Sebanyak tiga kematian dilaporkan semalam, termasuk satu kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Menurut data di laman sesawang CovidNow, semua kes baharu itu terdiri daripada penularan tempatan.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,830,214 kes dan 36,348 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 25,278 kes aktif Covid-19, termasuk 51 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 28 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.5% atau 24,136 pesakit menjalani kuarantin di rumah, dua pesakit dirawat di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC), sementara 1,089 orang atau 4.3% menerima rawatan di hospital.

Seramai 2,360 pesakit dilaporkan sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version