Hot FM

“Janji” Sufian Suhaimi Ditunai

Selepas bergelar usahawan dengan mengeluarkan bantal zikir, penyanyi Sufian Suhaimi pada 2 Februari 2020 tampil mengeluarkan single terbaharunya.

Single berjudul Janji yang mendapat sentuhan daripada Blaine BakriWan Salleh dan Ikhwan Fatanna itu telah di lancarkan menerusi semua platform digital selain liriknya di laman Youtube.

Sufian Suhaimi sebelum ini menyatakan hasratnya untuk mengeluarkan buku, namun ternyata lagu miliknya dihasilkan terlebih dahulu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya menerima lagu berkenaan dengan reaksi yang positif selain komen-komen yang membina.

Exit mobile version