Site icon Hot FM

Janna Nick Menangis, Kesal Timbul Dakwaan Suami Ada Lebih Hormon Wanita Punca Belum Dapat Zuriat

Pelakon dan pengacara, Janna Nick terkilan apabila ada individu tidak bertanggungjawab memfitnah suami tercintanya, Dini Schatzmann mempunyai hormon wanita lebih menjadi punca mereka tidak dikurniakan zuriat.

Menerusi video tular di platform TikTok, Janna menitiskan air mata meluahkan rasa terkilan terhadap komen individu tersebut yang dianggap sangat kurang ajar.

“Kami dah buat macam-macam yang terbaik untuk dapatkan anak. Bila orang tanya saya bila nak ada anak, saya pun tak tahu nak jawab paa. Saya pun tanya kepada Allah, bila saya boleh dapat anak,” katanya.

Dalam video sama, Janna menjelaskan mereka suami isteri telah menjalani pelbagai rawatan dan ujian sebagai usaha untuk meraih zuriat, namun rezeki mereka masih belum tiba.

“Macam-macam ujian kami dah buat dan bulan 10 genap setahun saya buat rawatan IVF tapi gagal. Saya dan Dini tahu keadaan kesihatan kami. Saya pun kurangkan kerja dan tak ambil kerja yang makan masa yang panjang sebab saya ubah cara hidup kerja dan pemakanan.

“Orang beri saya petua suruh ibu menganding pijak jari kaki, ya saya ada suruh Nabila Razali pijak kaki saya. Saya sangat terdesak nak anak. Nak dapatkan anak ni, adalah kerja Allah dan bukan kerja kita,” luahnya.

@jannanickofficial

stop asking/ assume / give negative comments. #ttc #ttcjourney

♬ original sound – jannanick95 – jannanick95

Sekadar info, Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023.

Artikel Berkaitan: Janna Nick Dedah Ashraf Muslim Individu Bertanggungjawab ‘Bunuh’ Saka Keturunan Keluarga – “Lepas Tu Saya Sengsara Alami Perkara Ghaib”

Exit mobile version