Menerusi sumber, Xiaofang berkhidmat sebagai sukarelawan di salah sebuah pusat jagaan dan di situlah dia bertemu suaminya, Li.
Mereka kemudian mula akrab kerana memiliki banyak persamaan termasuk berkaitan hobi hingga lama kelamaan menjalin cinta.
Xiaofang mula tertarik dengan Li kerana kematangan, kestabilan, dan kebijaksanaannya yang dimilik lelaki itu. Manakala, Li terpaut dengan Xiaofang kerana kebaikan dan jiwa muda isterinya.
Namun, hubungan mereka ditentang keluarga Xiaofang, tetapi wanita itu memilih untuk mengikuti kata hatinya.
Dia juga sanggup memutuskan hubungan dengan orang tuanya demi bersama Li.
Li dan Xiaofang melangsungkan majlis perkahwinan dengan sederhana dan biarpun keluarga tidak hadir, mereka bertekad untuk tetap mengucap janji setia dalam suka mahupun duka.
Oleh kerana sudah berusia dan tidak aktif bekerja, Li hanya bergantung dengan wang pencen untuk kelangsungan hidup.