Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Jarang Buat IG Live, Siti Saleha Tak Mahu Kongsi Rutin Peribadi… Bimbang Keselamatan Terancam

today23 August 2024

Background

Pelakon, Siti Saleha memaklumkan dia kehilangan pengikut di Instagram selepas memilih untuk kurang membuat siaran langsung di Instagram.

Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd Baharum, 34, bimbang terlalu berkongsi di media sosial akan mengancam keselamatannya.

“Tak boleh ingat bila kali terakhir, tetapi saya jarang buat siaran langsung di Instagram dan kurang memuat naik perkara peribadi.

“Saya hanya berkongsi berkaitan kerja atau Enggan Kongsi Rutin Peribadi, Siti Saleha Jarang Buat IG Live… Bimbang Keselamatan Terancam – “Saya Ada Stalker”melancong, sebab itu pengikut saya pun dah berkurang sekarang ni,” katanya.

Aktres drama popular 7 Hari Mencintaiku ini mengakui takut untuk berkongsi hal peribadinya, lebih-lebih lagi apabila sejak kebelakangan ini pelbagai berita seperti isu pembunuhan dan kehilangan jadi sorotan di media sosial.

“Privasi itu amat penting, saya rasa orang akan tahu kita berada di mana ketika membuat siaran langsung.

“Saya tak kongsi saya berada di mana atau kongsi keadaan rumah saya. Jadi kita kena bijaklah.

“Untuk wanita terutamanya jangan keluar malam lewat sangat, berkawan dengan orang-orang yang baik. Jangan kongsi lokasi di media sosial,” katanya.

Saleha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan tayangan perdana drama bersiri The Secret di GSC Midvalley, Kuala Lumpur pada Selasa.

Siti Saleha

Mengulas lebih lanjut, Saleha turut memaklumkan pengurusnya pernah memberi nasihat untuk berhati-hati kerana dia mempunyai ‘stalker’.

“Saya tak pernah terima mesej yang mengancam keselamatan. Cuma pengurus pernah nasihat saya untuk berhati-hati.

“Dia beritahu saya ada stalker, tapi dia tak cakap la apa mesej yang ditulis oleh mereka itu,” katanya.

Sementara itu, Saleha turut berkata dia sentiasa mempersiapkan diri dengan seni mempertahankan diri sekiranya perlu berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

“Saya ada ilmu seni mempertahankan diri Muay Thai. Saya harap boleh melindungi saya tapi kadang kala kita lupa apa yang dipelajari bila panik.

“Kena peka dengan keadaan sekeliling.. Alhamdulillah, tak pernah ada perkara membimbangkan terjadi,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Saleha akan membintangi drama The Secret iaitu terbitan platform penstrimen popular Viu bersama selebriti terkenal, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Ucop, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan: Publisiti Murahan… Itu Bukan Cara Saya – Siti Saleha

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Catwalk Bersama Siti Saleha & Hisyam Hamid, Ramai Tak Keruan Tengok Aiman Hakim – “Tengok Dia Jalan Pun Dah Melting”

Written by: Aqilah


Previous post