Dia yang mesra disapa dengan Megat Tan memberitahu pernah sempat menghentikan khidmatnya sebagai pengapit pengantin lelaki sekitar 2005 meskipun menerima terlalu banyak permintaan ketika musim kahwin.
Ia kerana dia mahu menumpukan perhatian penuh kepada operasi kilang yang baharu menjengah usia lima tahun. Megat Tan juga meluahkan rasa syukurnya kerana setakat ini belum pernah menerima komen buruk atau kritikan pedas berikutan majoriti berpuas hati dengan air tangan anak sulung daripada tujuh beradik itu.
Tambahnya, isteri dan anak-anak tidak pernah menghalang, malah turut sama membantu dalam mengusahakan butik dan hiasan pelamin pengantin.
Malah, Megat Tan juga amat menitikberatkan penggunaan produk berkualiti agar sentuhannya meninggalkan efek segar, bahkan tahu setiap jenis barangan mekap yang menepati tona kulit pengantin.
“Pada mulanya, tak tahu juga tetapi saya banyak belajar daripada rakan kongsi. Lama-kelamaan tahu banyak perkara tentang produk mekap, bimbang juga kerana…
