Site icon Hot FM

Jaringan ‘Mickey’ dinobat gol terbaik Piala Asia 2023


Faisal Halim meraikan jaringan golnya ketika aksi menentang Korea Selatan bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha pada 25 Jan lalu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jaringan menarik pemain Harimau Malaya, Muhammad Faisal Abdul Halim dinobatkan Gol Terbaik Kejohanan bagi Piala Asia 2023 di Qatar dari 12 Jan hingga 10 Feb lalu.

Keputusan itu diumumkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menerusi media sosialnya hari ini, selepas undian peminat di laman sesawang rasminya https://www.the-afc.com berakhir semalam.

Faisal, 26, yang dikenali dengan julukan “Mickey” dalam kalangan peminat, menjaringkan gol itu pada aksi menentang Korea Selatan 25 Jan lalu, di mana beliau bijak mengelirukan beberapa pemain pertahanan untuk mengikat lawan 3-3 pada aksi peringkat kumpulan.

Rabu lalu, AFC mengumumkan undian lapan daripada 132 gol yang dijaringkan dalam 51 perlawanan sepanjang saingan Piala Asia kali ini.

Antara cabaran berjaya diketepikan pemain sayap…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version