Hot FM

Jasa ratusan tahun bukan alasan kompromi rasuah, kata Anwar


Anwar Ibrahim menegaskan sikap bertolak ansur dengan perbuatan salah atau ‘tolerance for evil’ hanya akan merosakkan masyarakat. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:

Jasa seseorang walaupun selama ratusan tahun tidak boleh dijadikan alasan untuk membiarkan perbuatan rasuah dan penyelewengan harta rakyat, tegas Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sikap berkompromi dengan rasuah atas alasan mengenang jasa seseorang juga bertentangan dengan ajaran Islam.

“Jasa ratusan tahun sekalipun tidak boleh menjadi alasan untuk kita membiarkan sesiapa menyakau dan merompak harta rakyat dan negara.

“Sikap berkompromi dengan rasuah atas nama jasa ini jauh daripada ajaran Islam,” katanya di Facebook.

Anwar turut mengingatkan sikap bertolak ansur dengan perbuatan salah atau ‘tolerance for evil’ hanya akan merosakkan masyarakat.

“‘Tolerance for evil’ inilah yang merosakkan kita. Kita yang benci dan menentang rasuah perlu bersuara lebih lantang, sampaikan mesej jelas bahawa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version