PETALING JAYA: Jasad seorang pendaki gunung dari Malaysia yang dilaporkan meninggal dunia di Gunung Denali, Alaska, Amerika Syarikat selamat dibawa turun dengan bantuan pihak berkuasa tempatan, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
Jasad Zulkifli Yusuf kini berada di pejabat kesihatan tempatan, menunggu untuk dibedah siasat, sebelum dibawa pulang ke Malaysia, mengikut hasrat waris, katanya.
“Konsulat Jeneral Malaysia (di Los Angeles) akan meneruskan bantuan yang sewajarnya agar pengurusan dan penghantaran pulang jenazah dapat berjalan dengan lancar,” kata Wisma Putra, lapor Bernama.
Terdahulu, Kelab Jelajah Alpine Malaysia memaklumkan Zulkifli, 37, dilaporkan meninggal dunia pada 6 pagi (waktu tempatan) Rabu semasa berlindung di dalam gua salji yang dikenali sebagai ‘Football…