Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Jasmin Hamid Bebas Kanser Rahim

today30 October 2023

Background

Setelah selesai menjalani pembedahan baru-baru ini, pelakon senior Jasmin Hamid memaklumkan dia kini bebas kanser rahim.

Menerusi kemas kini di laman Instagram miliknya, Jasmin meluahkan rasa syukur apabila keputusan pembedahan menunjukkan cyst di sebelah kiri sudah hilang manakala cyst di sebelah kanan pula makin mengecut.

“Saya ingin berkongsi keputusan dengan anda semua berkenaan keputusan pembedahan perut saya baru-baru ini. Doktor cakap saya bebas kanser rahim!

“Doktor beritahu cyst sebelah kiri dah hilang, cyst sebelah kanan pun makin mengecil,” ujarnya.

Menurut pelakon drama Bila Joyah Masuk TV itu, doktor menyarankan agar cyst tersebut tidak perlu dibuang sebaliknya dia perlu mengikut rawatan susulan secara berkala sahaja.

“Doktor maklumkan cyst tu tak perlu dibuang, saya hanya perlu jalani pemeriksaan berkala sahaja untuk melihat perkembangan ketumbuhan tersebut.

“Alhamdulillah, kesembuhan ini dengan izin Allah dan berkat doa keluarga, rakan-rakan serta semua yang sayangkan saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Jasmin berterima kasih kepada netizen yang tidak putus mendoakan kesihatannya selama ini.

Written by: Salma


Previous post