Menerusi video tersebut, seorang ibu berkongsi rasa sedihnya apabila melihat situasi anak lelakinya lakukan semasa berada di pusara ayahnya.
Difahamkan, anaknya itu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan mahu berkongsi kegembiraan itu bersama arwah ayahnya.
Apa yang lebih menyentuh hati adalah anaknya itu siap berlari dan membawa keputusan itu bersamanya ketika menziarahi pusara si ayah. Malah, menurut ibunya, anak lelakinya itu memang rapat dengan arwah ayahnya.