Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Jauhi budaya fitnah, berfikiran sempit, titah Agong

today19 July 2023

Background


Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah semua pihak perlu bersatu bagi membentuk masyarakat yang lembut dan halus dalam berpesan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah semua pihak menjauhi budaya memfitnah dan berfikiran sempit, yang disifatkan baginda boleh memberi kesan negatif kepada pembangunan bangsa dan negara.

“Jauhilah perasaan sifat hasad dengki, fitnah-memfitnah, janganlah berfikiran ‘judgemental’ (menghakimi), sempit dan negatif sebab ia tak mendatangkan faedah kepada bangsa dan negara,” titah baginda sempena sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan 1445H di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Baginda bertitah, semua pihak perlu bersatu bagi membentuk masyarakat yang lembut dan halus dalam berpesan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nora Mahpar


Previous post