
KLUANG: Kerajaan melaksanakan pelbagai usaha termasuk memudahkan polisi dan prosedur bagi majikan mendapatkan pekerja asing untuk bekerja di negara ini dalam usaha memulihkan ekonomi, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.
Justeru, beliau berkata majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja termasuk pas lawatan kerja sementara (PLKS).
Beliau berkata kerajaan memahami dalam proses pemulihan ekonomi pasca pandemik, terdapat permintaan guna tenaga yang tinggi terutama sektor kritikal seperti ladang, pertanian, pembinaan, perkilangan dan juga perkhidmatan.
“Lambat laun kita akan dapat mengesan dan apabila kita dapat kesan, kita hanya ada satu pilihan, kita akan mengenakan tindakan undang-undang…