KUALA LUMPUR: Polis memberi amaran kepada pencipta kandungan, terutama mereka yang menggunakan TikTok, supaya menjauhi tapak lubang benam di Jalan Masjid India.
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa berkata beliau mengarahkan anggotanya untuk memantau dan menjauhkan orang awam dari kawasan sekitar, ketika operasi mencari dan pemulihan warga India yang terjatuh sedang berjalan.
“Beberapa agensi seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Indah Water Konsortium sedang melakukan kerja di sana, jadi kami tidak mahu kerja mereka terganggu,” katanya pada sidang media.
“Kami tidak mahu sesiapa pergi ke sana untuk membuat video TikTok. Harap maklum bahawa kawasan ini sedang dipantau, jadi jangan membahayakan keselamatan anda.”
Operasi mencari dan menyelamat Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke dalam lubang sedalam 8m pada 23 Ogos…