
Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol berkata, pelantikannya sebagai timbalan menteri belia dan sukan pada peringkat persekutuan membuktikan bahawa partinya, DAP, bukan sekadar medan untuk pemimpin Cina.
Mordi yang juga naib pengerusi DAP Sarawak menyifatkan pelantikan itu sebagai bukti bahawa DAP memberikan kedudukan penting kepada pemimpin Dayak, sekali gus menyangkal persepsi bahawa parti itu didominasi oleh masyarakat Cina.
“Orang kata DAP parti Cina. Saya Dayak dan saya tidak cakap atau faham bahasa Cina, tetapi saya sertai DAP,” katanya, lapor The Borneo Post
“Sebagai timbalan menteri sekarang, saya lihat ini sebagai peluang dan tanggungjawab untuk buktikan bahawa orang Dayak (juga) boleh berjaya dalam DAP.”
Ahli Parlimen dua penggal itu berkata, beliau menyertai DAP pada 2011 atas keinginan membawa perubahan…