
PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menegur ketua Imam kerana memimpin bacaan doa untuk dimurahkan rezeki dan menambah isteri lebih daripada seorang di sebuah program tertutup anjuran jabatan itu baru-baru ini.
Pengarah Jawi Mohd Ajib Ismail berkata, hasil siasatan mendapati lelaki yang memimpin bacaan doa itu adalah ketua imam di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan dan bacaan doa itu adalah di luar daripada teks doa yang ditetapkan pihak penganjur.
“Justeru tindakan nasihat dan teguran sudah diberikan terhadap pegawai berkenaan. Langkah itu bertujuan mengingatkannya supaya mematuhi garis panduan dan teks doa yang ditentukan oleh pihak Jawi pada masa akan datang.
“Ini kerana Jawi amat mengambil berat terhadap profesionalisme pegawai dalam melaksanakan tugas supaya imej…