Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Jay Iswazir Tak Mahu Ulas Kontroversi Adegan Cium Dengan Elizabeth Tan

today30 August 2022

Background

Beberapa hari lalu, pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan mendedahkan terdapat babak berciuman antara dia dengan pelakon Jay Iswazir.

Terbaharu, Pelakon Jay Iswazir mengambil pendekatan untuk memberi laluan kepada filem Abang Long Fadil 3 daripada mengulas mengenai adegan bercium dengan pelakon, Elizabeth Tan.

Jay berkata, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai babak yang menjadi kontroversi itu.

β€œSaya tak mahu komen mengenai isu berkenaan. Biarlah saya memberi laluan buat filem berkenaan saja,” katanya.

Terdahulu, Elizabeth yang bergandingan dengan Jay secara terbuka mengakui adegan bercium dalam filem tersebut dilakukan tanpa bantuan teknik kamera.

Tambah Elizabeth atau mesra disapa Lizzy babak itu dijayakan ketika dirinya belum menjadi milik suami, Dr Siew Jim.

ARTIKEL BERKAITAN: β€œKalaulah Boleh Buat Lebih Lagi” – Adegan Cium Elizabeth Tan Dilakukan Sendiri

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah