Site icon Hot FM

Jay Jay meninggal dunia


Pada Mei lepas, Jay Jay menjalani pembedahan akibat saluran jantung tersumbat di IJN. (Gambar Wikipedia)

PETALING JAYA: Penyanyi veteran popular Jay Jay meninggal dunia pada usia 67 tahun di sebuah hospital di Damansara malam ini.

Memetik hantaran media sosial rakannya, Kosmo melaporkan Jay Jay meninggal dunia kira-kira 9.30 malam tadi di Hospital Thompson Kota Damansara.

Terdahulu, Jay Jay, atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus, menjalani pembedahan akibat saluran jantung tersumbat di Institut Jantung Negara (IJN) pada Mei lepas.

Bagaimanapun, susulan pembedahan itu, beliau dilaporkan tidak boleh menggerakkan tangan dan kaki kanannya seperti biasa kerana mengalami angin ahmar yang mengganggu fungsi sarafnya buat sementara.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version