Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Jayakan Babak Suami Pukul Isteri, Lakonan Dalia Farhana & Fimie Don Raih Pujian

today18 August 2023

Background

Penyanyi Dalia Farhana tampil berkongsi bakat lakonannya bersama aktor Fimie Don sekali gus meraih perhatian dalam kalangan peminatnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Dalia menerusi sebuah hantaran di TikTok, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Dalia dan Fimie telah melakonkan babak seorang suami telah memukul isterinya kerana kegiatan curangnya sudah terbongkar.

“Ada ke curang yang tak sengaja?,” tulisnya.

@daliafarhanaada ke curang yang tak sengaja?♬ Rumah – Dalia Farhana

Terkesan dengan lakonan mereka berdua, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang berbaur pujian di ruangan komen.

Written by: Salma