
ISKANDAR PUTERI: Mesin gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva mengganas dengan lima jaringan untuk membantu Harimau Selatan membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 9-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, malam tadi.
Penyerang berbisa itu membuka tirai jaringan seawal minit kelapan selepas menyambar hantaran Park Junheong, sebelum menambah gol kedua pada minit ke-20 hasil sepakan penjuru Nazmi Faiz Mansor.
Bergson terus menghukum barisan pertahanan longlai pelawat apabila menyumbat dua lagi gol pada minit ke-25 dan 27, hasil rembatan kaki kiri dan kesilapan penjaga gol KDN FC, Mohammad Fikri Che Soh.
Dia melengkapkan lima gol peribadi dengan jaringan kelima perlawanan pada minit ke-36, menjadikan kedudukan 5-0 menjelang rehat.
Bersambung babak kedua, giliran Romel Morales…