
Johor Darul Ta’zim (JDT) melengkapkan kejayaan ‘triple treble’ dengan menjuarai Piala Malaysia 2024/2025 selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Penyerang prolifik skuad Harimau Selatan Bergson Da Silva dan pemain bintang sensasinya Arif Aiman masing-masing meledak jaringan di babak kedua perlawanan, untuk menafikan gol pertama Sri Pahang yang dicetak T Saravanan, awal separuh masa pertama.
JDT yang turun selaku juara bertahan hampir membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi tandukan Oscar Arribas hasil sepakan sudut, namun pertahanan Sri Pahang Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak berjaya mengeluarkan bola di atas garisan gol.
Gol tunggal separuh masa pertama disumbangkan Saravanan pada minit ke-14, yang menyambar bola muntah selepas tandukan Aleksandar Cvetkovic gagal…