Site icon Hot FM

JDT pertahan Piala Malaysia, cipta ‘double treble’


Ini kali keempat JDT muncul juara Piala Malaysia selepas 2017, 2019 dan 2022. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu FC 3-1 dalam aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

JDT mendahului perlawanan yang disaksikan 80,550 penonton itu menerusi jaringan pembukaan Bergson da Silva pada minit keenam.

Da Silva menyempurnakan penalti dihadiahkan pengadil S Logeswaran selepas Fernando Forestieri dijatuhkan pertahanan Terengganu, Muhammad Azam Azmi Murad.

Terengganu FC bangkit menyamakan kedudukan 1-1 melalui sepakan penalti Ivan Mamut pada minit ke-21.

Skuad Harimau Selatan terus menguasai babak kedua perlawanan apabila pemain gantian, Muhamad Feroz Baharudin menanduk masuk bola sepakan penjuru Heberty Fernandes pada minit ke-73.

Arif Aiman Mohd Hanapi tidak mensia-siakan penalti dihadiahkan pengadil pada masa kecederaan selepas dijatuhkan Shahrul Nizam Ros Hasni bagi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version