
JOHOR BAHRU: Pengendali akaun Facebook yang menggunakan nama “Jebat JD” disiasat atas tindakan mendedahkan maklumat sulit berhubung operasi tangkapan lelaki Rohingya dikenali sebagai “Long Tiger”.
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan sudah dibuka terhadap lelaki yang berasal dari Klang itu yang juga seorang bekas anggota polis.
Katanya, selain lelaki berkenaan, seorang anggota polis lain berpangkat Koperal dan seorang pegawai berpangkat SAC turut disiasat berhubung kebocoran maklumat sulit itu.
“Seorang suspek (disiasat), iaitu pemilik FB Jebat JD. Kita dah buka kertas siasatan terhadap lelaki berusia 47 tahun berasal dari Klang ini, serta seorang anggota polis berpangkat koperal dan (seorang) SAC yang…