Parti Hijau Malaysia ingin tahu sama ada terma rujukan termasuk meroboh dan membina semula, serta pembinaan bangunan lain seperti pusat beli-belah.

PETALING JAYA: Kerajaan Selangor digesa menjelaskan syarat perjanjian pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam.
Kumpulan alam sekitar, Parti Hijau Malaysia mempersoalkan sama ada syarat itu untuk baik pulih atau perobohan dan pembinaan semula stadium Shah Alam.
Setiausaha kumpulan itu, Abdul Razak Ismail dalam kenyataan ingin tahu sama ada ia termasuk pembinaan sebuah hotel, pusat beli-belah dan pusat komersial beserta tanah ganti.
“Kerajaan negeri melalui MRCB bercadang merobohkan stadium Shah Alam dan Stadium Tertutup Malawati bagi memberi laluan pembinaan sebuah stadium baharu lebih kecil yang hanya boleh memuatkan 35,000 penonton berbanding stadium sedia ada boleh memuatkan kira-kira 85,000…
