Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Jelita Dalam Persalinan Songket, Kecantikan Anak Perempuan Que Haidar Raih Perhatian

today23 May 2023

Background

Tular beberapa keping foto anak-anak perempuan pelakon lelaki, Que Haidar yang memakai sepersalinan baju kurung songket di laman media sosial TikTok.

Foto itu telah di muat naik oleh Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar sendiri di akaun TikTok.

“My very own princesses, YM Tengku Ratu Haidar and YM Tengku Cleopatra Haidar,” tulis Que di kapsyen.

Menerusi kiriman foto itu, kedua-dua anak perempuannya, Tengku Ratu Haidar dan YM Tengku Cleopatra Haidar mengenakan baju kurung songket berwarna kuning menyerlahkan lagi aura kerabat diraja yang dimiliki.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan mereka berdua yang diwarisi oleh ibu dan ayah mereka sendiri.

“Linda Jasmine sangat yang sulung tu

“Pernah jumpa depan-depan memang cantik

“Dia kalau dah cantik, camera tak on point pun cantik

“How can someone looks so magical.. she’s beautiful MasyaAllah,” tulis netizen.

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Cheng Hoe mahu anak buah kekal momentum

Kuala Lumpur: Aksi menakjubkan ketika membelasah Perak FC 4-0 pada Sabtu lalu harus dikekalkan oleh pemain-pemain Selangor FC apabila turun menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam esok.

today23 May 2023