
Menjelang Tahun Baharu 2026, Jemaah Menteri merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu berserta doa serta harapan terhadap kesejahteraan rakyat dan masa depan negara.
Kesemua ucapan itu mencerminkan semangat kebersamaan serta tekad kepimpinan negara untuk terus memperkukuh kesejahteraan dan perpaduan nasional dalam mengharungi cabaran 2026.
Antara berkongsi ucapan menerusi media sosial ialah Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook yang menekankan keperluan politik lebih bertanggungjawab dan berfokus kepada penyelesaian masalah rakyat demi kemajuan negara.
“Saya percaya Malaysia memerlukan politik lebih bertanggungjawab, fokus kepada penyelesaian masalah dan bukan mencetuskan perpecahan antara rakyat demi kepentingan sendiri.
“Malaysia tidak boleh kembali kepada amalan lama yang menghakis kepercayaan rakyat dan membantutkan kemajuan negara,” katanya dalam…