KUALA LUMPUR: Kes jenayah komersial merekodkan kerugian berjumlah RM1.6 bilion dari Januari hingga 1 Sept lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata ia bersamaan 82 kes sehari dengan nilai kerugian harian RM6.8 juta.
“Secara perbandingan, jumlah kes direkodkan setakat ini menurun 8% berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan 21,904 kes.
“Nilai kerugian bagaimanapun menunjukkan trend berbeza dengan peningkatan 29% berbanding tahun lalu yang mencatatkan kerugian sebanyak RM1.2 bilion,” katanya pada sidang media.
Ramli berkata, pelaburan merupakan antara kategori penipuan dalam talian mencatatkan jumlah membimbangkan.
Katanya, sepanjang Januari hingga Ogos lalu, sejumlah 3,863 kes penipuan pelaburan direkodkan melibatkan kerugian RM4.8 bilion.
Menurutnya, kes terbaru…