Hot FM

Jengkaut tersangkut kabel elektrik, 2 lelaki maut



Bomba berkata kedua-dua mangsa ditemukan terbaring tepi lori sebelah pemandu dipercayai terkena renjatan elektrik. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Dua sahabat maut terkena renjatan elektrik selepas lori membawa jengkaut dinaiki tersangkut pada kabel elektrik di Jalan Semalau, Tanjung Manis, Sarawak, hari ini.

Dalam kejadian sekitar 9 pagi, mangsa Hi Sieh King, 61, manakala rakannya lelaki warga Indonesia belum dikenal pasti identitinya meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis Wan Umar Wan Alek berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran sebuah lori di Jalan Semalau menghala ke Kampung Jerijih, 9.15 pagi dan menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian yang jaraknya 18 kilometer.

“Setibanya di lokasi kejadian, terdapat jengkaut yang dibawa sebuah lori tersangkut pada kabel aliran elektrik dan tayar depan sebelah pemandu lori berkenaan terbakar. Didapati dua mangsa terbaring di bawah tepi lori sebelah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version