Hot FM

Jeyakumar jelaskan sebab tak tanding di Sungai Siput semula



Pengerusi PSM, Dr Michael Jeyakumar Devaraj berkata, partinya tidak mahu menghalang pertarungan antara PH dan BN.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar Devaraj memutuskan tidak bertanding di Parlimen Sungai Siput pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kerana partinya tidak mendapat banyak undi di kawasan dengan sokongan kuat untuk Pakatan Harapan.

“Itu realitinya dan kami nampak ia berlaku sebelum ini,” katanya selepas parti itu mengumumkan calonnya untuk PRU15.

Jeyakumar berkata, beliau tidak bertanding di kerusi itu kerana PSM tidak mahu memberi gambaran ia membalas dendam terhadap PH yang tidak menjalin pakatan pilihan raya dengannya.

Jeyakumar memenagi kerusi itu pada 2008 dan berjaya mempertahankannya pada PRU13. Dalam dua PRU itu, beliau bertanding di bawah tiket PKR.

Pada PRU14, Jeyakumar tewas dalam pertarungan empat penjuru. Beliau sekadar mendapat 1,505 undi, manakala calon PKR, Kesavan Subramaniam…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version