
KUALA LUMPUR: Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low, telah menjadikan hidupnya seperti “neraka”
Pada perbicaraan 1MDB Najib Razak, Loo berkata dia tinggal di Bangkok selama lima tahun dan bimbang nyawanya terancam
“Low, melalui orang yang tidak dikenali, mengirim kira-kira USD2,500 kepada saya sekali setiap lapan atau sembilan bulan untuk perbelanjaan sara hidup.
“Hidup amat menyedihkan kerana Low, yang bertekad untuk menjadikan hidup saya seperti neraka,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Deepa Nair Thevaharan.
Loo berkata dia meninggalkan negara ini sebelum PRU Mei 2018, apabila Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib digulingkan daripada pentadbiran.
“Low…