Hot FM

Jho Low bukan graduan Wharton, sering ‘sebut’ nama VIP, mahkamah diberitahu



Saksi Joanna Yu memberitahu Mahkamah Tinggi, Jho Low sering menyebut nama VIP ketika menghadiri mesyuarat. (Gambar Bloomberg)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus AmBank tidak menghubungi Najib Razak selepas sejumlah dana asing dimasukkan ke akaun bekas perdana menteri itu, Mahkamah Tinggi diberitahu.

Saksi pendakwaan, Joanna Yu berkata, beliau tidak menghubungi Najib untuk memaklumkannya isu seperti itu kerana Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB ketika itu, Nik Faisal Ariff Kamil ditugaskan untuk menguruskan akaun Najib bagi pihaknya antara 2011 hingga 2015.

“Kami (AmBank) tidak mempunyai akses terus kepada Datuk Seri,” kata bekas pengurus perhubungan itu ketika disoal balas peguam bela Najib, Shafee Abdullah.

Yu juga berkata, beliau tidak tahu sama ada Nik Faisal membuat semakan dengan Najib berhubung kadar pertukaran wang asing.

Selain itu, beliau berkata, ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (lebih dikenali sebagai Jho Low) pernah mendakwa…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version