
PETALING JAYA: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) dan ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, dikatakan menandatangan perjanjian sulit untuk mencapai suatu penyelesaian global berhubung pelucutan hak ke atas aset-aset 1MDB.
Penyelesaian global itu dikatakan akan menyelesaikan tindakan-tindakan pelucutan hak sivil, jenayah, dan administratif oleh kerajaan AS ke atas aset-aset terbabit, lapor Channel NewsAsia (CNA).
DoJ dikatakan menandatangani perjanjian sulit itu pada Jun, dengan peguam keluarga Low dan pemegang amanah kewangan mereka.
Menurut dokumen yang disemak CNA, pelan penyelesaian yang dikemas kini akan menyaksikan penyerahan aset-aset yang dikenal pasti pihak berkuasa.
Aset yang tidak dituntut atau tidak dirampas oleh agensi pendakwaan di seluruh dunia juga akan diserahkan.
Perjanjian itu berkait dengan pengumuman DoJ pada…