
PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan dalam rayuan SRC International Najib Razak memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho antara individu yang “menguruskan” akaun bank bekas perdana menteri itu.
Pendakwa ad hoc, V Sithambaram, berkata Low, bekas ketua setiausaha sulit Najib Azlin Alias dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) SRC International Nik Faisal Ariff Kamil bertanggungjawab memastikan akaun Najib mempunyai dana mencukupi.
“Mereka (pihak pembelaan) mengatakan bahawa Jho Low ‘memanipulasi’ akaun (Najib) tetapi itu tidak mungkin,” katanya.
“Bekas pengurus perhubungan (Joanna Yu) berkata, beliau menggunakan BBM (Blackberry Messenger) untuk berkomunikasi dengan Low dan Nik Faisal…