Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Jika Berlaku Insiden Buli, Boleh Maklum Kepada Pengarah” – Ahmad Idham Kecewa Artis Baharu Lapar Publisiti

today13 November 2024

Background

Susulan tindakannya menegur artis baru yang didakwa dibuli di set penggambaran, pelakon dan pengarah, Dr Ahmad Idham sekali lagi tampil memberikan respons mengenai isu yang timbul.

Kata Idham, sekiranya wujud insiden buli oleh pelakon senior seperti yang didakwa pelakon baru itu, mereka boleh sahaja maklumkan kepada pengarah dan bukannya pihak media.

Ini kerana, pengarah adalah ‘ketua kapal’ di set penggambaran.

“Kepada you all yang masuk industri tanpa ilmu ni, saya nak maklumkan… pengarah adalah ketua kapal di set pengambaran.

“Sekiranya adalah insiden buli oleh pelakon senior seperti yang dikatakan oleh mamat seorang ni, anda semua boleh sahaja maklumkan kepada pengarah dan bukannya pihak media,” ulasnya.

Dalam pada itu, Idham, 50, turut menitipkan pesan kepada artis baru tersebut agar tidak ‘lapar’ dalam meraih publisiti.

“Nak dapat publisiti pun janganlah sampai wujudkan persepsi negatif ya mat,” katanya.

Sebelum ini, pengarah filem Reeza GTR itu meluahkan rasa kurang senangnya sekaligus mempersoalkan tindakan artis tersebut yang tidak memahami konsep antara buli dan isu pelakon baru yang tidak faham maksud lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Awak Merepek Apa Ni Mat”- Ahmad Idham Tegur Pelakon Baru Dakwa Dibuli Artis Senior

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Artis Bertelagah Sesama Sendiri, Ahmad Idham Beri Teguran – “Sedarlah Wahai Rakan Selebriti…” 

ARTIKEL BERKAITAN:Ahmad Idham Dakwa Segelintir Pengurus Artis Berlagak ‘Diva’, Beri Pesanan Kepada Pelakon Baru Untuk Kekal Relevan

ARTIKEL BERKAITAN:Terima Ijazah Doktor Pengurusan, Ahmad Idham Harap Jadi Inspirasi Buat Anak Muda Khususnya Di Port Dickson

Written by: Salma


Previous post