
PETALING JAYA: Sekiranya pembalakan menyebabkan harimau keluar, mengapa binatang liar lain seperti gajah, beruang dan sebagainya tidak berkeliaran di perkampungan Orang Asli, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah, mempertahankan amalan pembalakan mampan di negeri berkenaan.
Beliau juga turut mempertahankan kenyataan Pengarah Perhutanan Negeri yang menyatakan pembalakan tidak menjejaskan populasi harimau.
“Yang dia (Pengarah Perhutanan Abdul Khalim Abu Samah) sebut itu betul… ada kajian orang buat.. WWF (Tabung Hidupan Liar Sedunia).
“Berdasarkan pandangan itu makna pembalakan ini… maksudnya pembalakan terpilih boleh bantu pengurusan hutan. Tak bangkitlah isu orang salahkan pembalakan seolah-olah pembalakan menyebabkan harimau keluar.. banjir dan…