
PETALING JAYA: Pemimpin DAP P Ramasamy mengkritik PKR berhubung keputusan menggunakan logo sendiri dan bukannya Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) Johor akan datang.
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, adalah salah dan dangkal bagi sesetengah pemimpin PKR menganggap punca masalah mereka ialah mengenai penggunaan logo gabungan itu.
“Ia lebih kepada kaliber kepimpinan dan sokongan orang ramai,” katanya dalam kenyataan.
“Meletakkan keutamaan yang tidak sepatutnya terhadap logo mungkin tidak produktif kerana isu sebenarnya yang mungkin menjejaskan prestasi parti, tidak lagi menjadi penting,” katanya.
Ramasamy berkata, logo mungkin mempunyai sedikit kesan tetapi ia mesti dilihat berhubung pemilihan calon, kepimpinan parti dan isu yang dihadapi serta bagaimana orang ramai melihat parti secara amnya.
Beliau turut…