KPDN melaporkan peningkatan jualan diesel dan RON95 di stesen minyak tanpa subsidi di Padang Besar dan Wang Kelian.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan projek rintis stesen minyak tanpa subsidi di dua stesen di Perlis sejak Februari lalu berjaya menjimatkan hampir RM6 juta peruntukan subsidi minyak kerajaan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata walaupun inisiatif yang diperkenalkan itu bersifat liberal, namun ia berkesan untuk mengekang ketirisan.
“Dalam dua bulan pertama ada penurunan jualan minyak diesel dan RON 95 di stesen yang bersubsidi dengan penjimatan masing-masing RM1.77 juta dan RM3.98 juta dan pada masa sama di stesen minyak tanpa subsidi ada peningkatan (jualan) diesel dan juga RON 95.
“Maksudnya kenderaan asing itu sendiri…