Setelah berhempas pulas selama berminggu-minggu untuk menyerlahkan bakat dan keunikan suara masing-masing, akhirnya malam ini hanya empat peserta yang layak ke pusingan akhir CSOIAM.
Mereka ialah Kai Deva, Marygrace, Zazzleen dan Jimi. Manakala, Mariam pula tersingkir di pusingan battle selepas pengacara Fiza Frizzy dan Haniff Hamzah mengumumkan keputusan daripada pihak juri di akhir rancangan.
