Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyantuni mereka bermula Januari hingga Disember 2021 dengan memberi bantuan kewangan, makanan dan sebagainya.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menziarahi 542 kanak-kanak kehilangan ibu bapa atau penjaga akibat Covid-19 termasuk yatim piatu sepanjang tahun 2021.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri berkata, daripada jumlah itu seramai 39 kanak-kanak itu berada bawah jagaan orang yang layak dan sesuai (OYLS) dan institusi perlindungan yang selamat.
“Berdasarkan data JKM, seramai 542 kanak-kanak kehilangan ibu bapa atau penjaga akibat Covid-19, disantuni oleh JKM bermula Januari hingga Disember 2021.
“Mereka diberi bantuan berbentuk kewangan, bakul makanan, khidmat kaunseling serta ditempatkan di institusi kebajikan, dalam…
