Adik kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matin yang dibunuh tahun lalu kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Menurut laporan Harian Metro, difahamkan JKM Selangor datang ke rumah keluarga ibu bapa Zayn di Puncak Bestari sebelum kanak-kanak lelaki itu dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan.
Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu.
Menurutnya, terdapat keperluan untuk JKM mengambil kanak-kanak terbabit.
“Bagaimanapun kita bawa dia ke hospital untuk tujuan pemeriksaan dahulu. Selesai laporan nanti baru kita tentukan macam mana tindakan akan diambil,” katanya.
Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan pengabaian dengan kemungkinan boleh menyebabkan kecederaan ke atas kanak-kanak itu, tahun lalu.
Pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.
Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa Zayn Rayyan Selesai Diikat Jamin Sebanyak RM20,000
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tidak Bersalah
ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Keluarga Harap Ada Berita Gembira Esok – “Kita Sama-Sama Tunggu”
ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Peguam Maklum Ibu Bapa Mangsa Boleh Dibebaskan Dengan Jaminan
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Rumah, Lakonkan Semula Kejadian
ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Keterangan Tak Selari Antara Punca Reman Ibu Bapa Disambung 6 Hari Lagi
ARTIKEL BERKAITAN: Situasi Di Luar Mahkamah Kecoh, Bapa Zayn Rayyan Sempat Jerit “Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah”
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa Arwah Adik Zayn Rayyan Diberkas
ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Atas Faktor Tertentu, Peguam Ibu Bapa Mangsa Tarik Diri
ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Hidup Pelaku Tak Tenteram Setiap Saat” – Bapa Zayn Rayyan
ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Tengok Video Lama, Rasa Macam Tak Percaya Betul Ke Anak Aku Dah Pergi” – Ibu Zayn Rayyan
ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa Lagi Ya Abang, Mommy Rindu Sangat… Maafkan Mommy” – Ibu Zayn Rayyan
Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!