
PETALING JAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini meneliti senarai nama dalam kalangan ahli keluarga Zayn Rayyan Abdul Matin bagi memastikan mereka benar-benar layak menjaga adiknya.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri, berkata selepas penelitian rapi, pihaknya akan mengemukakan nama orang yang layak dan sesuai itu kepada mahkamah apabila tempoh penempatan di JKM tamat pada 9 Ogos depan.
“Buat sementara itu, kanak-kanak terbabit diletakkan di bawah penjagaan rapi JKM Selangor dan pada masa yang sama kita meneliti senarai mereka yang layak untuk penjagaan selanjutnya.
“Kita serahkan kepada mahkamah untuk memutuskan langkah seterusnya sama ada menyerahkan kanak-kanak itu kepada orang yang layak atau terus dijaga rapi oleh institusi JKM,” katanya selepas menghadiri program ‘Autism…