Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Johari berhak tentu status 6 Ahli Parlimen, kata peguam

today12 July 2024

Background


Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menolak permintaan Bersatu bagi mengosongkan enam kerusi disandang bekas wakilnya. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berhak membuat pertimbangan bebas memutuskan enam Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada kerajaan perpaduan tidak perlu mengosongkan kerusi.

Peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, berkata Johari tidak tertakluk mengikuti keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan mengisytiharkan kekosongan atas alasan terhenti keahlian parti.

Katanya, Parlimen wujud dengan bebas dan speakernya tidak dibelenggu apa jua perkara diputuskan DUN.

Firoz mengulas kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang kecewa kerana Johari enggan mengikuti keputusan Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah, mengisytiharkan Nenggiri kosong bulan lalu.

Bercakap pada sidang media pada Selasa, Muhyiddin mengesahkan Johari menolak gesaan Bersatu mengisytihar enam kerusi Parlimen kosong. Katanya, parti akan melantik peguam bagi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post