
Kerajaan Johor dalam proses mewartakan lebih 500 petak letak kereta baharu di beberapa kawasan strategik sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang dan Kulai bagi menangani isu parkir jangka panjang, khususnya melibatkan individu yang bekerja di Singapura.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Mohd Jafni Md Shukor berkata, langkah itu diambil susulan terdapat pengguna yang meletakkan kenderaan dalam tempoh panjang, termasuk di kawasan awam berhampiran hospital serta lokasi tumpuan.
Katanya, proses pewartaan kawasan parkir baharu itu dijangka selesai menjelang suku ketiga tahun ini.
Tempoh pelaksanaannya akan pula mengambil masa sekitar dua hingga tiga bulan kerana melibatkan kelulusan serta prosedur rasmi kerajaan negeri, tambahnya.
“Langkah ini bertujuan memastikan sistem parkir lebih teratur dan adil, selain mengelakkan…