Exco Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ia merupakan pelan kontingensi bagi menampung pertambahan tinggi penduduk terkesan banjir.

BATU PAHAT: Kerajaan negeri mula membuka masjid utama di kawasan terjejas banjir di Johor sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) tambahan susulan peningkatan jumlah mangsa banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ia merupakan pelan kontingensi yang diambil kerajaan negeri bagi menampung pertambahan tinggi penduduk terkesan banjir.
Sehingga 1 tengah hari tadi, tujuh masjid di daerah itu dibuka, iaitu Masjid Pekan Sri Medan, Masjid Parit Jayus, Masjid Parit Baru, Masjid Simpang Tiga Parit Sulong, Masjid Kampung Parit Betong, Masjid Kampung Parit Jambi dan Masjid Parit Andin 3.
Langkah itu juga, katanya,…