
PETALING JAYA: Seorang ahli ekonomi berkata, kerajaan Johor perlu beralih kepada cadangan waktu bekerja sektor awam empat hari setengah seminggu secara berperingkat bagi mengelakkan perkhidmatan terganggu.
Niaz Asadullah dari Pertubuhan Buruh Global, rangkaian penyelidikan antarabangsa berkata: “Kejayaan bergantung kepada kualiti perkhidmatan tinggi yang dikekalkan sambil menyesuaikan waktu kerja.
“Jika diurus dengan baik, dasar ini boleh memberi isyarat kepada inovasi, mengukuhkan kelebihan daya saing Johor dalam menarik pelaburan langsung asing.”
Tetapi, katanya sebarang kemerosotan dalam kecekapan pentadbiran boleh menjejaskan perniagaan yang bergantung kepada urusan dengan kerajaan.
Beliau mencadangkan perubahan itu dilaksanakan secara berfasa untuk menilai kesan ke atas industri yang bergantung…