
SINGAPURA: Johor berpotensi menerima pelaburan bernilai antara RM10 hingga RM15 bilion daripada beberapa syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Singapura, kata Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata, ini berikutan pertemuannya dengan wakil beberapa syarikat antarabangsa antaranya AirTrunk, sebuah syarikat pusat data berskala besar terbesar di Asia Pasifik dan Jepun, dan juga syarikat Wilhelmsen, salah satu kumpulan maritim terkemuka di peringkat global.
“Selain mereka, saya juga telah berjumpa dengan beberapa lagi pelabur berpotensi dari negara,” katanya di Facebook yang turut memuatnaik gambar pertemuan dengan wakil syarikat tersebut.
Onn Hafiz ketika ini dalam rangka lawatan rasmi selama tiga hari ke Singapura bermula hari ini, bertujuan untuk meningkatkan lagi…